Friday 16 October 2015

NOTIS kepada AHLI: 3/2015. SAHAM PERMULAAN & PENAMBAHAN SAHAM AHLI

NOTIS AHLI - 3/2015
Jumaat, 16 Oktober 2015
oleh AHM


NOTIS AHLI - 3/2015
SAHAM PERMULAAN (RM200)
& PENAMBAHAN SAHAM AHLI KBP



(1) Jemaah ALK KBP telah bermesyuarat untuk PERTAMA kalinya dari Jam 10.00 malam, hari Selasa 13 Oktober 2015 hingga Jam 1.00 pagi, hari Rabu 14 Oktober 2015 di Restoran Al Barkath, Oasis Damansara, SELANGOR.

(2) SAHAM PERMULAAN KBP

Para ahli sedia maklum berdasarkan pengumuman yang dibuat pada 12 September 2015 iaitu semasa Mesyuarat Penubuhan KBP bahawa Saham Permulaan untuk menjadi ahli KBP adalah berjumlah RM200.00 (Ringgit Malaysia: DUA Ratus Sahaja).

(3) PENAMBAHAN SAHAM KBP

Semasa mesyuarat Jemaah ALK yang pertama pada 13 Oktober 2015, Jemaah ALK telah memutuskan perkara yang berikut:-

A. Gandaan Penambahan Saham
Ahli KBP yang berminat untuk menambah saham KBP hendaklah menambah saham dalam Gandaan RM200.00 (Ringgit Malaysia: DUA Ratus Sahaja).

Contoh 1:
Dol menyerahkan RM177.00 kepada Bendahari sebagai penambahan Saham Ahli peribadi Dol.

Nota: Bendahari akan memulangkan RM177.00 kepada Dol kerana jumlah tidak memenuhi syarat Gandaan RM200.

Contoh 2:
Uzir mendeposit RM1,300 ke dalam Akaun Bank KBP sebagai penambahan Saham Ahli Uzir.

Nota: Bendahari akan HANYA menerima RM1,200.00 daripada Uzir. 
RM100.00 akan dipulangkan kepada Uzir kerana jumlah RM100.00 tidak memenuhi syarat Gandaan RM200.


B. Maksima Penambahan Saham
Maksima Penambahan Saham adalah RM4,000.00 (Ringgit Malaysia: EMPAT Ribu Sahaja ).

Contoh 1:
Hazwan memberi RM5,000 kepada NYDP untuk penambahan Saham Ahli.

Nota 1: Bendahari akan HANYA menerima RM3,800.00 daripada Hazwan. 
Wang selebihnya(Rm1,200) akan dipulangkan kepada Hazwan kerana jumlah telah melebihi had maksima penambahan.


Contoh 2:
Redza seorang broker kapal perang menyerahkan RM2.6 Billion kepada YDP untuk penambahan Saham Ahli Redza.

Nota 1: Bendahari akan HANYA menerima RM3,800.00 daripada Redza. 
Wang selebihnya akan dipulangkan kepada Redza kerana jumlah telah melebihi had maksima penambahan.

Nota 2: Setelah wang dipulangkan ALK Tugas Khas seharusnya perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa dengan mengambil kira Akta-akta yang berkaitan.


(4) Sebarang Pertanyaan atau Kemusykilan mengenai perkara-perkara di atas, sila hubungi:
A. Bendahari KBP - OP Rustardza Ramli; atau/dan
B. Setiausaha KBP - OP Kapten(B) Ahmad Sazeli Sabar.

Harap Maklum.


Amirul HM
ALK, Komunikasi & Tugas-Tugas Khas
16 Oktober 2015



No comments:

Post a Comment